iii) Kajian Tindakan.
01. ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji punca
masalah tulisan tidak kemas seorang murid pemulihan yang bernama Aminah. Beliau
merupakan seorang murid yang dimasukkan ke kelas Pemulihan Khas disebabkan
tulisan yang tidak kemas. Kajian ini dijalankan berdasarkan kajian terdahulu
yang dilaksanakan oleh Levine (1987) serta Pressey dan Pressey (1926). Saya
telah melaksanakan beberapa tindakan iaitu mengajar cara memegang pensel dengan
betul, menulis dengan postur badan yang betul, serta menyediakan banyak latihan
menulis.
Saya
menfokuskan bentuk tulisan yang betul dan kemas. Tinjauan awal yang dibuat
melalui pengumpulan data menunjukkan bahawa murid kurang peka terhadap
kepentingan bentuk semasa menulis sesuatu ayat. Oleh itu, saya
menggunakan sistem tiga garisan untuk mensifarkan kesalahan bentuk semasa
menulis. Saya dengan bantuan AJK telah merancang beberapa langkah. Pelaksanaan
langkah-langkah tersebut dapat memberikan satu keputusan yang baik berbanding
sebelumnya. Murid-murid tersebut juga menunjukkan sikap lebih positif dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
02. LATAR BELAKANG
KAJIAN
Masalah tulisan yang tidak kemas bagi seseorang murid akan menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Saya
seorang guru Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan Bangau-Bangau, Semporna.
Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah Gred B yang mempunyai kira-kira
450 orang murid. Terdapat seramai 12 orang guru di sekolah ini. Sekolah ini
mempunyai 7 buah kelas biasa.
Pada awal tahun ini,
saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk kelas
Tahun 1. Bagaimanapun untuk kelas Bahasa Melayu Tahun 1, masalah yang menjadi
fokus saya adalah masalah tulisan murid yang tidak kemas. Walaupun kebanyakan
murid telah menguasai kemahiran membaca dengan baik. Jumlah murid yang agak
ramai sehingga mencecah 25 orang dalam sekelas menyebabkan saya tidak dapat
memberikan tumpuan kepada setiap murid. Murid-murid yang tidak mendapat tumpuan
inilah yang kadang-kadang keciciran di dalam proses pembelajaran.
Dalam kajian ini, saya
menengahkan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang murid dari kelas Tahun 1.
Masalah yang dihadapi oleh kelas tersebut ialah tulisan cakar ayam. Tulisan
mereka buruk, bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang terdapat
pada buku latihan dan saiz antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga
sukar untuk dibaca. Antara kesilapan gaya penulisan yang sering didapati dalam
kalangan murid ini ialah cara memegang pensel yang tidak betul, kedudukan
tangan dan buku yang tidak betul, saiz antara perkataan yang tidak konsisten,
ruang antara perkataan yang tidak tepat dan tidak dapat menulis perkataan
dengan betul.
Kajian tindakan yang
telah dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid dalam kelas Tahun 1,
menulis dengan teratur dan kemas. Kaedah ansur maju merupakan kaedah murid
mempelajari kemahiran menulis secara beransur-ansur yang bermula dengan langkah
paling asas dan kemudian beralih kepada langkah yang lebih sukar sehingga
mereka menguasai kemahiran menulis. Beberapa instrumen seperti soalan temu
bual, borang soal selidik, borang taburan keputusan murid dan borang
pemerhatian telah digunakan untuk mengumpul data kajian. Data kemudian
dianalisis menggunakan peratus dan bilangan. Secara keseluruhannya, kajian
mencadangkan kaedah ansur maju mempunyai kesan dalam membaiki tulisan murid.
Kebanyakan murid berpandangan kaedah ansur maju yang dipilih sesuai dalam
membaiki tulisan tulisan mereka agar menjadi kemas dan teratur.
03. Fokus
kajian
Kajian ini bermula
apabila saya memulakan latihan mengajar di kelas Tahun 1. Terdapat lima orang
murid dari kelas Tahun 1 yang bermasalah tulisan mata pelajaran Bahasa Melayu.
Saya mendapati murid-murid ini sebenarnya tidak bermasalah dalam bacaan, tetapi
bermasalah dengan tulisan. Murid-murid ini boleh dikategorikan sebagai murid berpotensi
kerana kesemua mereka boleh membaca dengan baik. Tulisan yang tidak kemas
menyukarkan guru-guru lain untuk menyemak hasil kerja murid- murid ini. Salah
satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis
diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal akan
tulisan buruk, dan selalunya marah kerana terpaksa memeriksa beratus-ratus
halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak dibaca.
04. Tinjauan awal masalah
Dengan itu, saya
merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-murid ini untuk memperbaiki
tulisan mereka. Saya merangka beberapa tindakan untuk murid-murid ini
berdasarkan pembacaan saya mengenai cara memperbaiki tulisan melalui
kajian-kajian terdahulu. Matlamat utama saya ialah, di akhir tahun,
murid-murid ini dapat memperbaiki tulisan mereka. Untuk kajian ini, saya
memberi fokus kepada murid yang bernama Aminah.
Aminah, seorang murid
kelas Tahun 2, petah bercakap dan bijak. Dia amat aktif semasa proses p&p
berlangsung. Aminah juga mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. Semasa
dalam kelas, dia suka bertanya dan menjawab soalan. Di samping itu juga, saya
dapati dia amat suka membaca. Kebanyakan masa di dalam kelas pemulihan, Aminah amat suka membaca buku-buku cerita yang
terdapat pada rak bacaan. Pada pendapat saya, Aminah adalah murid yang sangat
bijak dan amat rugi apabila beliau dihantar ke kelas pemulihan kerana
tulisannya yang tidak kemas. Oleh kerana itu, saya bertekad untuk membantunya
memperbaiki tulisannya, agar dia dapat kembali belajar di dalam kelas biasa.
Tinjauan awal saya
mendapati cara Aminah memegang pensel adalah salah. Menurut Levin (1987), cara
memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh
murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran
memegang pensel, memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yang
menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi
motor. Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman
pada alat tulis (Levine, 1987). Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf
ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanakkanak yang tidak
menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan
cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya
menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis.
Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan
mata pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine (1987),
semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang kurang
cantik.
Pemerhatian saya
mendapati Aminah sering menggenggam keseluruhan penselnya. Teknik memegang
pensel secara menggenggam ini menyebabkan Aminah merasa sakit pada jarinya.
Selain itu, Aminah juga mengalami kesukaran untuk mengerakkan jarinya
untuk membentuk huruf yang dia kehendaki. Levine (1987) menegaskan cara
kanak-kanak memegang pensel dengan cengkaman yang kurang kemas menyebabkan
pergerakan pensel menjadi tidak licin. Kanak-kanak yang mempunyai masalah
kinestetik biasanya mencengkam pensel secara kuat dengan meletakkan ibu jari di
atas jari telunjuk dan jari hantu ketika memegang alat tulis. Kanak-kanak
begini tidak gemar menulis kerana aktiviti ini menjadi pengalaman yang
menyakitkan bagi mereka.
Di samping itu, saya
mendapati Aminah suka menggunakan pensel yang amat pendek menyebabkan dia
selalu tunduk ketika menulis. Menurut Norhadi Sarponen (2009), penggunaan
pensel yang kurang sesuai juga merupakan salah satu punca murid melakukan
banyak kesilapan semasa menulis. Postur badan begini menyebabkan dia merasa
tidak selesa semasa menulis.
Sassoon (1993) pula
mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas
khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut
pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf
dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang
betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea
melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan yang cantik dan
mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan seseorang.
Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengan cara
yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guru-guru kadang-kadang kurang memberi
perhatian kepada pengajaran membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul.
05. Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan untuk memastikan Aminah
memegang pensel dengan betul semasa menulis; dan memperbaiki tulisan Aminah
agar menjadi lebih kemas dan boleh dibaca melalui latihan menulis yang kerap.
06. Persoalan
kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan
kajian berikut.
· Adakah wujud hubungan cara memegang pensel (dyspraxia)
Aminah
dengan kekemasan tulisannya?
· Bagaimanakah latihan menulis yang kerap membantu murid memegang
pensel dengan betul serta mempertingkatkan
kekemasan tulisan Aminah ?
07. Perancangan
Dan Pelaksanaan Tindakan
7.1 Perancangan tindakan
Bagi mencapai objektif kajian ini, saya telah
merancang beberapa aktiviti bimbingan untuk Aminah . Pengajaran pemulihan
tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan
yang betul dan kukuh. Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu
peringkat pratulisan, peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran.
Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan
dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas
dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta
koordinasi tangan dan mata dilaksanakan dalam kalangan murid dari awal-awal
lagi.
Bagi membolehkan mereka
menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran
tulisan yang dirancang haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada
aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.
Latihan-latihan
pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan
pergerakan tangan terlebih dahulu seperti mengerakkan jari di atas garisan atau
corak yang dilakarkan pada kertas. Tujuannya ialah supaya murid-murid dapat
menguasai gerak tangan yang bebas untuk menulis dengan selesa dan sempurna.
Latihan seperti membentuk bulatan di udara, meja, lantai, dan di atas pasir
atau rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil
juga boleh dilakukan.
Di samping itu,
murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari,
menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah
mahir dalam aktiviti- aktiviti tersebut, murid-murid boleh melakukan
latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang
melibatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti yang boleh dilakukan
adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke
kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk
mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk
corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas. Bahasa
bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam
fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah
amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan
biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan
membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah
dipelajari ketika murid masih kanak-kanak lagi, seperti pada umur empat tahun
setengah. Latihan permulaan untuk kanak-kanak ini haruslah menggunakan pensel,
atau krayon. Untuk kes Aminah , saya
menggunakan langkah-langkah ini bagi membantunya menulis dengan betul. Oleh kerana Aminah adalah murid yang cepat
belajar, saya hanya perlu menerangkan
cara-cara memegang pensel ini sekali sahaja dan dia dapat melakukannya dengan
baik. Beberapa langkah-langkah yang telah dijalnkan:
08. LANGKAH YANG
DIJALANKAN
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama
yang dijalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga
boleh berjaya sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak
pernah mendapat pujian. Maka adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan
walaupun hanya betul penulisan bentuk huruf pada permulaan ayat sahaja.
09.
AJK Kajian Tindakan merancangkan beberapa
aktiviti untuk mengatasi masalah ini seperti:
i.
Bentuk huruf salah di warnakan
ii.
Menulis di atas huruf yang dicetak
iii.
Latihan melukis
iv.
Cara duduk
v.
Menulis di atas pasir
vi.
Latihan kordinasi
vii.
Menconteng
viii. Melukis
bentuk
ix.
Melukis dan mewarna bentuk geometri
x.
System tiga garisan
xi.
Menulis perkataan dari bawah ke atas
10. PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/
PENILAIAN
10.1 Pelaksanaan
Aktiviti
Perancangan ini akan dilaksanakan setiap kali mata pelajaran Bahasa Malaysia
bermula dari bulan Januari.
Langkah 1
Pada mulanya, saya telah menjadi role model kepada
murid. Saya menunjukkan kepada mereka cara memegang pensel yang betul. Saya
kemudian melatih mereka memegang pensel mengikut peraturan-peraturan yang
tertentu.
Langkah
2.
Menulis
huruf dengan menulis di atas tanah. Saya membawa murid menulis di tanah yang
rata.
Langkah 3.
Mewarna kotak-kotak dengan menunjuk cara gengaman
warna pensel ditangan
Langkah 4.
Menulis dalam buku 3 garisan